MALAYSIA dan Indonesia Menumbuhkah jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama yang akan Mengenal Pasti dan Melaksanakan langkah-langkah bagi Meningkatkan Hubungan Perdagangan Serta Pelaburan Dua Hala.
Memorandum perjanjian mendirikan Jawatankuasa itu di tandatangani Menteri Perdagangan Antarbangsa Dan Industri, Datuk Seri RAFIDAH AZIZ dan Menteri Perdagangan Indonesia Dr MARI ELKA PANGESTU. Yang disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di pejabat perdana Menteri di Putrajaya bersama Jemaah menteri dan Pegawai Kerajaan lain.
JAWATANKUASA DUA HALA yang akan di Pimpin Rafidah dan Dr Mari tersebut turut menangani isu-isu perdagangan dan pelaburan yang antara kedua negara serta membantu sektor swasta kedua-dua negara.
Jawatankuasa tersebut juga akan bertukar maklumat mengenai isu-isu berkaitam perdagangan dan pelaburan juga mengembang, mencari, dan menambah, mempelbagaikan perdagangan kedua-dua negara.
Januari sampai November 2007 jumlah perdagangan Malaysia-Indonesia mencecah RM35 bilion dibanding RM33.1 bilion pada tahun 2006. Indonesia adalah Rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia pada 2006 dan menyumbamg 3.1% dagangan global Malaysia.
SUSILO berharap untuk melihat lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari malaysia.
Produk eksport utama malaysia ke Indonesia meliputi:
petrolium dan produk petrolium, hidro karbon, transistor dan peralatan Telekomunikasi.
Import utama terdiri dari: minyak masak, Koko, arang batu, dan petrolium.
Jumlah pelaburan Indonesia yang di luluskan di Malaysia antara Januari-Oktober 2007 berjumlah RM39.1 Juta dalam empat Projek dan RM214.9 Juta dengan 11 projek pada 2006.
Pelaburan Malaysia di Indonesia Berjumlah RM975.1 Juta pada Januri-Oktober 2007 dan RM1 Bilion bagi keseluruhan 2006.
NASIHAT SBY KEPADA PEKERJA INDONESIA DI MALAYSIA
Malaysia tidak pernah amal diskriminasi.
" Kepada para pekerja Indonesia di Malaysia patuhilah Undang-undang negara Malaysia, dan Kepada Pihak Berkuasa Malaysia Berlakulah Adil Kepada Anak-anaku Yang bekerja Di sini"
Susilo berharap supaya mekanisme sedia ada berhubung isu pekerja republik Indonesia diperkemaskan. SBY menginginkam ada satu dasar atau mekanisme yang lebih bagus lima tahun kehadapan.
KONSERT ARTIS SERUMPUN
selain duta Ekonomi Susilo Banbang Yudhoyono Turut membawa rombongan kebudayaan dan Artis indonesia seperti: DIDI KEMPOT dengan Campur Sari dan Lagu Solo Balapanya. ROSSA dan Lain-lain. Konsert Bagi memperingati 50 tahun hubungan diplomatik kedua negara yang di siarkan secara Langsung RTM1 dan TVRI di bukak Dengan Pembacaan Teks PROKLAMASI oleh Presiden Pertama Republik Indonesia SOEKARNO.
<<<<edy306>>>>
No comments:
Post a Comment